Erti Hidup Dengan Memberi !!!

assalamualaikum w.b.t, tak sangka aku jadi guru/cekgu...tapi panggilan yang biasa ostat...ostat ke?..orang kata ostat ngajar agama kan..tapi aku ngajar Bahasa Arab..tapi kat sekolah ni semua ustaz..ajar B. Inggeris pon Ustaz... Banyak yang telah aku pelajari dalam profesyen yang bukan menjadi pilihan ini. Tadi baru aku dengar, penyelia asrama sekolah aku cakap..."nasib baik akak tak cita2 jadi cekgu dulu"...kata2 ni dah lali dengan telinga aku...well mana taknya, cekgu skarang bukan hanya mengajar, tapi macam2 cekgu kena buat..tambahan kat skolah aku ni semua cekgu2 yang aliran agama kena mengajar akademik dan subjek azhari..banyak oo masa kena ngajar...then..balik pada kerja seorang cekgu, sekarang cekgu tak macam dulu, sekarang cekgu kena kuasai semua aspek, dari kurikulum,kokurikulum,pengurusan dan disiplin. cekgu sekarang kena tahu ICT,kena tahu menaip kat komputer dengan laptop, kena tahu buat kertas kerja,kena sentiasa ada idea2 baru...tapi itulah kan..dah sapa suruh jadi cekgu kena la buat semua ni..tapi ada juga beberapa perkara yang aku tak paham, semakin banyak kerja guru, makin guru kurang dihormati...event di sekolah aku budak2 semua baik2 dan soleh tapi mak bapak budak plak yang lebih2..seolah2 bagi ibu bapa cekgu ni macam kuli depa...ikut suka hati nak maki cekgu..kita nak mengajar anak dia jadi manusia, depa boleh plak saman kita.report sana sini,macamana la anak akan jadi anak yang soleh..sebab tu kebanyakan budak2 sekarang keluar dari sekolah tak jadi manusia..dok ikot perangai setan,jadi hamba nafsu...sebab guru tak redha dengan sikap mak bapak dan pelajar2....hilang berkat ilmu pada diri pelajar... well, pesanan kepada murid2 dan ibu bapa, hormatilah kami yang bergelar cekgu...sayangilah cekgu supaya anda diberkati..:-)

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-
kawan,syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam
Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya
tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu.
Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini
banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi
sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari
baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa
yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau
kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap)
api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan
api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang
semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa [
hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak
contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta
haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan
mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih
busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya
berilmu dan beramal soleh.

SYARAT- SYARAT UNTUK BUAT MAKSIAT....

5 syarat nak buat maksiat ***

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.Dia
berkata,

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku
nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama,jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata,

"Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya,masih mampukah memakan rezekinya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat,jangan tinggal di
bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.Ibrahim
kembali berkata kepadanya,

"Wahai Abdullah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab,

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,

"Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan,

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh
menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah,apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.Dia berkata,

"Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran."Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak

Wallahu A'lam..

SYAITAN

BIODATA IBLIS


NAMA PENUH : Iblis la’natullah
TARIKH LAHIR : Sejak dia enggan bersujud kepada Allah
STATUS DIRI : Fasiq kelas pertama
TEMPAT TINGGAL / KAWASAN : kufur
DAERAH :Tempat yang tiada di dalamnya usaha mengingat
Allah
TUNJUK ARAH :Tiada haluan
TEMPAT TINGGAL TETAP : Neraka Jahanam
KAUM KERABAT : Semua golongan titani.

STATUS PERNIAGAAN

MODAL PUSINGAN :Angan-angan kosong
TEMPAT PERTEMUAN :Pasar dan panggung wayang
MUSUH/ PERSAINGAN :Orang Islam
MOTTO KERJA : Hipokrasi asas akhlak
UNIFORM KERJA :Segala warna
KESUKAANNYA :Orang yang lalai mengingati Allah
KELEMAHANNYA :Istighfar
LAMBANG KOPRAT :Sebarang tatu.
PEJABAT :Bilik Air
SIFATNYA : Mazabzab ( Menurut keperluaan )
RAKAN KONGSI :Orang munafiq
SUMBER REZEKI :harta-harta haram
BILIK OPERASI :Tempat najis dan maksiat
JENIS PERKHIDMATAN :Menyuruh yang mungkar dan menggalakanya
ARAHANNYA :Selalu mengarahkan agar manusia melakukan
kejahatan
JAWATAN :General Manager golongan Al – Maqhdubi
Alaihim dan golongan AdDhallin
TEMPOH PERKHIDMATAN :Sampai Hari Kiamat.
LABA PERNIAGAAN :Habaan Mathuri ( Masuk angin keluar asap )
RAKAN KONGSI :Syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
TEMAN SEJAWAT :Orang yang berdiam diri tidak mengatakan
kebenaran
JENIS TUNGGANGAN :Pembohongan
GANJARAN :Dosa dan segala jenisnya
KAEDAH KOMUNIKASI : Mengumpat dan mengintip
ORANG YANG DIBENCI :Orang yang mengingati Allah
ORANG YANG DITAKUTI :Orang mukmin yang beriman
DAYA TAHAN :Sesungguhnya daya tipu syaitan sangatlah lemah
KEGEMARAN :Wanita
AJAL :Pada waktu-waktu tertuntu menjelang kiamat
KERJA YANG DISUKAI :Homoseks dan lesbian
KOD ISYARAT UTK PENGIKUT : AKU ( sebutan egoistic org yg
takabur)
PARA PENGIKUTNYA : Seniwati dan seniman
JANJI YG MENYEBABAKAN MENANGIS : Menjanjikan kekafiran apabila org
sujud kpd Allah


(PETIKAN DAN DISUSUN DR KITAB AL - WIKAYAH )

:-see me:-