SYARAT- SYARAT UNTUK BUAT MAKSIAT....

5 syarat nak buat maksiat ***

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.Dia
berkata,

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku
nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama,jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata,

"Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya,masih mampukah memakan rezekinya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat,jangan tinggal di
bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.Ibrahim
kembali berkata kepadanya,

"Wahai Abdullah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab,

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,

"Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan,

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh
menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah,apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.Dia berkata,

"Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran."Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak

Wallahu A'lam..

SYAITAN

BIODATA IBLIS


NAMA PENUH : Iblis la’natullah
TARIKH LAHIR : Sejak dia enggan bersujud kepada Allah
STATUS DIRI : Fasiq kelas pertama
TEMPAT TINGGAL / KAWASAN : kufur
DAERAH :Tempat yang tiada di dalamnya usaha mengingat
Allah
TUNJUK ARAH :Tiada haluan
TEMPAT TINGGAL TETAP : Neraka Jahanam
KAUM KERABAT : Semua golongan titani.

STATUS PERNIAGAAN

MODAL PUSINGAN :Angan-angan kosong
TEMPAT PERTEMUAN :Pasar dan panggung wayang
MUSUH/ PERSAINGAN :Orang Islam
MOTTO KERJA : Hipokrasi asas akhlak
UNIFORM KERJA :Segala warna
KESUKAANNYA :Orang yang lalai mengingati Allah
KELEMAHANNYA :Istighfar
LAMBANG KOPRAT :Sebarang tatu.
PEJABAT :Bilik Air
SIFATNYA : Mazabzab ( Menurut keperluaan )
RAKAN KONGSI :Orang munafiq
SUMBER REZEKI :harta-harta haram
BILIK OPERASI :Tempat najis dan maksiat
JENIS PERKHIDMATAN :Menyuruh yang mungkar dan menggalakanya
ARAHANNYA :Selalu mengarahkan agar manusia melakukan
kejahatan
JAWATAN :General Manager golongan Al – Maqhdubi
Alaihim dan golongan AdDhallin
TEMPOH PERKHIDMATAN :Sampai Hari Kiamat.
LABA PERNIAGAAN :Habaan Mathuri ( Masuk angin keluar asap )
RAKAN KONGSI :Syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
TEMAN SEJAWAT :Orang yang berdiam diri tidak mengatakan
kebenaran
JENIS TUNGGANGAN :Pembohongan
GANJARAN :Dosa dan segala jenisnya
KAEDAH KOMUNIKASI : Mengumpat dan mengintip
ORANG YANG DIBENCI :Orang yang mengingati Allah
ORANG YANG DITAKUTI :Orang mukmin yang beriman
DAYA TAHAN :Sesungguhnya daya tipu syaitan sangatlah lemah
KEGEMARAN :Wanita
AJAL :Pada waktu-waktu tertuntu menjelang kiamat
KERJA YANG DISUKAI :Homoseks dan lesbian
KOD ISYARAT UTK PENGIKUT : AKU ( sebutan egoistic org yg
takabur)
PARA PENGIKUTNYA : Seniwati dan seniman
JANJI YG MENYEBABAKAN MENANGIS : Menjanjikan kekafiran apabila org
sujud kpd Allah


(PETIKAN DAN DISUSUN DR KITAB AL - WIKAYAH )

syaitan jahat


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun : Duduk di pasar / kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggodasupaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

 2. Wathiin : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud : Duduk di! bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Mulai Dari Dirimu


Pada Hari Jumaat, sebelum Al-Hassan Al-Basri naik ke mimbar, ia didatangi seorang laki-laki, membisikkan sesuatu di telinganya, “Wahai Imam, berbicaralah tentang keutamaan membebaskan hamba sahaya, dan anjurkanlah mereka untuk melakukannya”.

Lalu orang itu berlalu di antara para jamaah, mendengarkan khutbah Al-Imam, anehnya, Al-Hassan tidak berbicara sama sekali tentang masalah pembebasan budak ini.

Para Jumaat berikutnya, datang laki-laki itu kembali untuk mendengarkan khutbah Al-Hassan, namun sama seperti Jumaat yang lalu, ia tidak berbicara tentang pembebasan budak.

Jumaat demi Jumaat berlalu,… pada Jumaat ke empat baru Al-Hassan berbicara tentang keutamaan pembebasan budak dan menganjurkan jama’ah untuk melakukan hal itu, laki-laki itu sangat hairan dengan tindakan Al-Hassan.

Al-Hassan menjawab, “Saudaraku, tidak layak bagi saya untuk berbicara di hadapan jama’ah, hingga saya berusaha mencari wang, dan pergi ke pasar untuk membeli budak untuk dibebaskan, apa Anda ingin saya masuk dalam daftar yang diperingatkan oleh Allah Ta’ala dalam firman-Nya,

mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, Padahal kamu membaca Al kitab? Maka tidaklah kamu berpikir? (Surah Al-Baqarah : 44)”

*****************************
Mulailah sesuatu itu dengan dirimu sendiri sebelum kamu menyuruh atau memerintahkan orang lain membuatnya, alangkah indahnya hidup ini seandainya setiap butir kata-kata yang terkeluar dari mulut dapat dilaksanakan dengan perbuatan zahiriah. Jangan indah pada lisan tapi tak mampu untuk melakukan.

Ada pepatah Arab mengatakan
 إصلح نفسك وادعوا غيره


Mengapa Muslim biarkan hati mati


Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.
Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.
Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:
* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)
* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)
Tanda-tanda hati mati
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian?daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan?anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
*? Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
*? Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah. - lanh ? _

:-see me:-